Saturday 15 April 2017

Tentera Malaysia Sedia Pindahkan Rakyat Malaysia Di Mesir


Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir sekiranya perlu susulan pengisytiharan darurat selama tiga bulan di negara itu ekoran serangan pengganas.

"Mindef ketika ini sedang memantau dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil, Mesir," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata TUDM akan menunggu arahan daripada kerajaan sebelum menghantar aset TUDM bagi mengambil rakyat Malaysia di Mesir.

 "Apabila TUDM menerima arahan untuk mengambil mereka (rakyat Malaysia) di Mesir, kami akan mengerakkan aset TUDM pada bila-bila masa sahaja.

 Selain itu, TUDM juga mempunyai dua buah pesawat C130 yang kini sememangnya ditempatkan di Pangkalan Udara Putera Sultan (PSAB), Arab Saudi," katanya.

 Serangan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Mesir, mengorbankan 47 orang dan mencederakan 137 orang.

 MMP
Sumber Bernama




No comments:

Post a Comment

Cikgu Salihin Mahu Lahirkan Grand Master Catur Pertama Malaysia

Pemuda ISMA bersama rombongan agensi lain melawat kediaman Cikgu Salihin BERITA | PEMUDA ISMA MELAWAT KELUARGA JAGUH CILIK CATUR...