Friday 14 April 2017

Facebook Sekat 30,000 Akaun






LONDON
- Facebook Inc menggantung 30,000 akaun di Perancis dalam usaha menghentikan sebarang penyebaran berita palsu, maklumat tidak benar dan spam.

Langkah itu dibuat 10 hari sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis dan ia dianggap antara tindakan paling agresif oleh Facebook.

"Kami telah membuat penambahbaikan untuk mengecam akaun tidak sahih dengan lebih mudah dengan cara mengenal pasti corak aktiviti tanpa menilai isi kandungan itu sendiri," menurut pengurus pasukan keselamatan Facebook, Shabnam Shaik. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Cikgu Salihin Mahu Lahirkan Grand Master Catur Pertama Malaysia

Pemuda ISMA bersama rombongan agensi lain melawat kediaman Cikgu Salihin BERITA | PEMUDA ISMA MELAWAT KELUARGA JAGUH CILIK CATUR...