Saturday 15 April 2017

Wanita Muslimah Ditahan Daripada Menaiki Pesawat di Itali Kerana Berhijab




Wanita Muslimah itu berkata, dia dihalang oleh pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang Campiano, Ibu negara Itali. Dia dihalang untuk melakukan penerbangan ke London, atas alasan ia tidak selamat untuk kakitangan dan penumpang.

Wanita yang berasal dari Indonesia itu, Aghnia Adzkia telah memuatnaik video di media sosial yang menunjukkan berlaku perbalahan di antara beliau dengan pegawai keselamatan di lapangan terbang itu.

Kata pegawai tersebut, beliau dihalang kerana sebagai langkah keselamatan dan penampilannya itu berupaya menakutkan penumpang lain.

Wanita itu terasa seperti dizalimi dan didiskriminasi, kerana terdapat beberapa biarawati Kristian yang memakai pakaian berjubah dan menutup kepala melalui halangan pemeriksaan itu dengan mudah tanpa soal bicara.

Sumber : Aljazeera Mubasher
Pautan Asal : http://mubasher.aljazeera.net/news/%D8%B4%D8%A7%D9%87%D8%AF-%D9%85%D9%86%D8%B9-%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D8%A9-%D9%85%D9%86-%D8%B1%D9%83%D9%88%D8%A8-%D8%B7%D8%A7%D8%A6%D8%B1%D8%A9-%D9%81%D9%8A-%D8%A5%D9%8A%D8%B7%D8%A7%D9%84%D9%8A%D8%A7-%D9%84%D8%A7%D8%B1%D8%AA%D8%AF%D8%A7%D8%A6%D9%87%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%AC%D8%A7%D8%A8


No comments:

Post a Comment

Cikgu Salihin Mahu Lahirkan Grand Master Catur Pertama Malaysia

Pemuda ISMA bersama rombongan agensi lain melawat kediaman Cikgu Salihin BERITA | PEMUDA ISMA MELAWAT KELUARGA JAGUH CILIK CATUR...