Saturday 15 April 2017

PAS Ramal Memerintah Malaysia Pada Pilihan Raya ke 14 Ini







ALOR SETAR - Sasaran Pas untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU14 tak mustahil dicapai, kerana parti itu pernah mencipta sejarah beroleh 27 kerusi Parlimen pada tahun 1999.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekiranya Pas berjaya capai misi itu, tidak mustahil Pas perintah negara.

“Kita ada rekod yang baik, dan ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor diangkat sebagai Ketua Pembangkang. Saya yakin Pas boleh perintah negara melalui pilihan raya umum kali ini, walaupun musuh kita seperti BN memiliki kekuatan luaran,” katanya, ketika berucap merasmikan Konvensyen Pas Kedah, di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, Pas tidak perlu gentar walau berdepan dengan tiga atau empat penjuru sekalipun, di mana parti itu akan berjuang untuk pastikan kemenangan.

“Yang tentukan kemenangan Allah SWT, jangan berhenti berusaha. Jika parti lain miliki kekuatan luaran, itu bukan penghalang untuk kita menang. Jangan persenda hasrat Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sasaran dibuat berdasarkan kajian dan analisa,” katanya.

Mohd Amar berkata,jentera parti perlu bersedia kemungkinan PRU14 diadakan lebih awal.
“Saya ramalkan PRU14 diadakan pada September, terlalu banyak ramalannya, namun jika saya adalah Perdana Menteri, saya tidak buat sekarang, tunggu habis penggal, jika kalah nanti rugi setahun,” katanya.

Menurutnya, PRU14 dijangka sengit di mana semua parti dilihat berdepan masalah.
“Jika lihat pada perkembangan politik, kita ada potensi besar menguasai kembali Kedah, cuma perlu perkukuhkan laluan sebelum ini sebagai pengalaman berharga. Perkemaskan dan tambahbaik kekurangan yang ada,” katanya.

Menurutnya, semua ahli digesa gabungkan kekuatan luaran dan dalaman untuk berdepan saingan PRU14, kerana  Pas tidak boleh meniru formula parti lain.
“Kita parti berasaskan Islam, yang lain sekular. Kita perlu ada persiapan luaran dan dalaman, tidak boleh bergantung pada satu sahaja, namun dalam keghairahan mahu menang, elak lakukan perkara dimurkai Allah SWT.

“Bila ada sebut Pas terima RM90 juta, kita percaya. Kata Pas makan dedak Umno pun percaya, kata pula mahu gabung Pas-Umno percaya, itu bukan pendekatan Pas. Jangan biar semua itu jejas keyakinan terhadap parti dan pimpinan,” katanya.

Tambahnya, fitnah seumpama itu dijadikan bahan pihak lain yang tidak takut pada pahala dan dosa.
“Parti lain buat fitnah sebab mereka tahu Pas boleh gugat mereka, jangan termakan provokasi musuh yang cari jalan mahu musnahkan keyakinan ahli,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
Pautan Asal : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-mustahil-pas-perintah-negara-1.660283

No comments:

Post a Comment

Cikgu Salihin Mahu Lahirkan Grand Master Catur Pertama Malaysia

Pemuda ISMA bersama rombongan agensi lain melawat kediaman Cikgu Salihin BERITA | PEMUDA ISMA MELAWAT KELUARGA JAGUH CILIK CATUR...